Linda

Berita | Dirogol 2 Lelaki

GEORGETOWN Julai 24: Pengalaman hitam terpaksa ditempuh seorang janda apabila tubuhnya ‘dijamah’ dua lelaki di kawasan sunyi di Teluk Kumbar, awal pagi kelmarin.

Lebih menyedihkan, kejadian berlaku dalam kereta milik seorang daripada empat lelaki yang mulanya berniat menghantar mangsa pulang selepas keluar berhibur di sekitar Queensbay, dekat sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa berusia lewat 20-an keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia mengenali seorang daripada mereka.

Menurut sumber, semua mereka dalam keadaan mabuk dan mangsa dibawa kumpulan lelaki itu di sekitar kawasan sunyi, dipercayai tapak perkuburan Cina.

Mangsa yang berusia lewat 20an itu pada mulanya dikatakan keluar berhibur bersama empat rakan lelaki dan dia hanya mengenali seorang daripada mereka.

Katanya, kejadian berlaku ketika kesemua mereka dalam keadaan mabuk selepas keluar dari sebuah pusat hiburan kira-kira jam 4 pagi dan mangsa kemudian dibawa kumpulan lelaki terbabit di sekitar kawasan yang agak sunyi sebelum berlakunya perbuatan terkutuk itu.
“Sebaik sampai, mangsa pada mulanya dirogol kenalan lelakinya dalam kereta Myvi milik lelaki terbabit.

“Wanita itu sekali lagi dipaksa mengadakan seks dengan seorang lagi lelaki dan ia juga berlaku dalam kenderaan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Barat Daya selepas dia tersedar daripada mabuk.

Timbalan Ketua Polis Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan seorang suspek berusia 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Member