Linda

Wanita dan Air Mata

Manja, Childish, kememeh, si lemah...antara gelaran yang diberikan kepada seseorang yang mudah menangis. Ada juga yang beranggapan "TEARS ARE FOR BABIES....WORRIES ARE FOR FOOLS....". Tapi yang pasti, "NO WOMAN, NO CRY" :) air mata merupakan sahabat karib wanita. Air mata menemani wanita tatkala duka lara mahupun riang gembira. Ada yang menangis kerana terluka dan ada juga yang menangis dek kerana terlalu gembira.





RA seorang wanita, dan menangis merupakan satu kelemahan diri yang sentiasa cuba dihindari. Sukarnya nak menahan air mata dari mengalir walaupun atas sebab musabab yang remeh. Jika diberi pilihan untuk mengubah diri, pastinya RA memilih untuk berubah menjadi seorang yang lebih tegar. Hari ini RA terdetik untuk meng'google' berkenaan isu 'mengapa wanita mudah menangis?' lalu terjumpalah artikel yang sungguh bermakna dan ingin saya kongsi di ruangan ini...selamat membaca....


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

1 comment:

Member