Linda

Layakkah AKU mencintai manusia lain??

hmm...bagi aku sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berhak.

namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA.

jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berhak. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

ntah laaa mungkin banyak sangat tanda soal dalam kepala otak aku ini mungkin juga aku ini tidak layak untuk sesiapa dimuka bumi ini mungkin juga aku tidak tahu apa itu cinta

kadang-kadang aku penat sangat bersoal dalam hati aku ini~! dan juga diri ini.kadang kala di himpit resah, sungguh buntu aku ingin megenali dia~!

namun aku adalah seorang lelaki yang biasa. ingin punya impian dan khayalan.......
aku juga membaca kisah sang putera bertemu sang puteri idaman. hidup bahagia di mahligai nan indah aku ingin sekali merasa seperti lelaki miliki kekasih dan cinta.
bisa bicara berkongsi rasa arhhhhhhhhhhh alangkah indah nyaaa

1 comment:

  1. kehidupan, kematian, pertemuan, perpisahan semua adalah takdir dalam hidup kita.
    Yang ada sekarang tak semestinya yang terbaik, tetapi yang akan datang pun belum pasti terbaik.
    dalam kehidupan kadang2 kita perlu ikut gerak hati yang berasaskan fikiran. jangan sesekali di ikutan perasaan tanpa berfikir.
    Apa yang ada sekarang kita jadikan yang terbaik. teruskan kehidupan jangan terlalu mengharapkan masa depan, kerana kita belum tentu akan sampai ke sana.

    ReplyDelete

Member