Linda

Isteriku Berchating

Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga ( anak ).Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.Pada satu waktu ( malam ) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami.Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu.Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Sepanjang waktu itu, isteriku tidak pernah mengatakan bahawa dia sudah pun bersuami sebaliknya bila ditanya dia menafikan. Akhirnya aku bertindak untuk memancing isteriku.Dalam pada itu, kami telah menjalin hubungan cinta melalui email. Fhoto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah fhoto asalku. Aku menggunakan fhoto temanku. Sebaliknya fhoto yang ku terima daripada isteriku adalah fhoto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temu janji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati. Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui talifon tangan bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam.Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restaurant hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah.Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku. Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi.Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku. Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu.Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan...Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku.

No comments:

Post a Comment

Member